Maklumat Kriteria

1. Insentif khas oleh MARA ini adalah untuk membantu penerima kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dengan memberikan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik (tidak perlu memohon) disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

2. Moratorium atau penangguhan bayaran balik secara automatik ini diberi bagi tempoh tiga (3) bulan bermula daripada 01 April 2020 sehingga 30 Jun 2020 tertakluk kepada kriteria seperti berikut: -

a. Peminjam merupakan penerima kemudahan Pinjaman Pelajaran atau Pinjaman Pendahuluan MARA (salah satu atau kedua-duanya) yang tertakluk kepada perjanjian yang masih berkuatkuasa.

b. Peminjam TIDAK mempunyai tunggakan atau tunggakan bayaran balik TIDAK melebihi tiga (3) bulan pada 01 April 2020. Sekiranya tunggakan melebihi tiga (3) bulan, peminjam perlu menyelesaikan bayaran tunggakan tersebut sebelum menikmati insentif ini.

3. Penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran dan pinjaman pendahuluan ini akan dilaksanakan ke atas peminjam yang layak diberi Moratorium ini.

4. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di pautan e-Moratorium ini.

Pautan

FAQ

PENTING

SEGALA KEPUTUSAN YANG DIBUAT ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN.



Copyright © Majlis Amanah Rakyat 2020